Wednesday 9 May 2012

Kenapa Kita Perlu Untuk Bersabar?

Diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini memang diberi tuntutan penuh oleh Allah S.W.T untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna dan diredhaiNya.

Sejajar dengan tuntunan hidup sebagai manusia, kita sememangnya sering diuji dengan pelbagai masalah dan ujian untuk mengukur sejauh mana ketakwaan, kesabaran, dan keikhlasan untuk melayari hidup yang dipinjam untuk seketika cuma.

Namun, terkadang itu kita mudah untuk menyerah kalah dan putus asa dengan ujian-ujian Allah S.W.T dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara di luar batas-batas agama Islam dan tuntutan Syarakh.

Rasulullah S.A.W. juga tidak pernah terlepas dari segala ujian dan seksaan sebagai manusia walaupun Baginda adalah Nabi terkahir yang begitu dekat di sisi Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T; “Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” – Surah Al-Ma’aarij: ayat 5.


Zaman ini, kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang memaparkan bagaimana manusia itu hidup dengan penuh rakus dan hilangnya perasaan sabar sehingga sanggup melakukan perkara yang berdosa.

Justeru itu, kenapakah kita tidak boleh menerapkan nilai sabar ke dalam diri sendiri?


Di dalam konteks Islam, sekiranya kita diuji dengan ujian hidup, kita mempunyai pilihan sama ada nafsu atau iman. Jika kita membiarkan nafsu menguasai diri dan perasaan tidak sabar, maka kalahlah iman.

Jika kita memilih iman, maka akan kalahlah nafsu. Sebetulnya, diri kitalah yang harus memilih pilihan yang tersedia ada supaya kita mendapat manfaat yang tinggi.

Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, InsyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Untuk kekal bersabar, kita perlu memahami dan melakukan 4 tindakan:

1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah. 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang dan teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.
Mengapakah kita perlu untuk bersabar?


Supaya kita dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.

Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada pelbagai musibah menjadikan kita gundah gulana, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu tahap pemikiran kita dan penghayatan dalam kerja ibadah yang kadang-kadang terlalu sukar untuk kita laksanakan.

Selain itu, dengan bersabar, mudah untuk kita mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Seperti mana firman Allah S.W.T:
“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS.32:24);
“Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75);

Maka, marilah sama-sama kita mempertingkatkan nilai kesabaran di dalam diri supaya tidak terdorong dengan perasaan negatif yang mampu merosakkan nilai-nilai murni dalam diri kita. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Pepatah Cinta - Cinta Bukan Untuk Dilukai: Rindu Adalah Perasaan, Bukan Penderitaan.

Rindu Adalah Perasaan, Bukan Penderitaan.

Setiap orang akan rindukan seseorang. Ada kala, perasaan itu sangat bahagia jika kita rindukan orang yang sangat kita sayang. Ada juga di antara mereka yang hanya merindukan orang yang tidak pernah merinduinya  kembali.

Perasaan ini selalunya terjadi kepada mereka yang bertepuk sebelah tangan atau mereka yang merindukan pasangan yang telah meninggalkan mereka.Jadilah orang dirindui bukan selalu merindukan mereka yang tidak pernah cuba untuk merindui kita.

#sungguh menyakitkan bila rindu tak dibalas..
posted from Bloggeroid

Tuesday 8 May 2012

Apa itu Cinta,Sayang,Suka dan Minat

Cinta..
-Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.

-Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Sayang..
-Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.

Suka..
-Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.

Minat..
-Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.
cinta wanita suka

Tetapi kita kena ingat..

“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”


posted from Bloggeroid

Cerita Tentang Rindu

Assalamualaikum semua,just nak kongsi pasal rindu..Menurut korang maksud "rindu" tu camne ey?mesti susah nak cakap kan?sebab rindu terlalu banyak makna sampai susah nak ungkapkan..hehe
Ok la,korang baca je sampai habis then nanti komen la ey:p

-Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..
Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun..

-Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menangis kita dalam diam.. Membara di dalam..

-Rindu tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu


-Rindu itu amat jelas pada hati ini.. Sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu.. Sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudak akan kenangan lalu..

-Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..
Kita jadi layang-layang, biar angin bawa kita tebang.. Kita jadi deruan ombak, biar pantai jadi tempat bertemu.. Lebih baik kita jadi kamu dan aku, biar hati yang menyatuPernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya.. Ada kala kita rindu pada keluarga.. Ada kita rindu pada teman seperjuangan.. Tapi sering kita teringat pada sang pemuja di hati.. Amat damai rasa bila rindu pada yang kasih..

*Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..

-Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang..
Kerana rindu itu adalah satu kiasan pada kisah cerita cinta yang masih bersisa..Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu


Pernahkan kamu merasakan rindu yang amat kuat pada seseorang hinggakan air mata hampir mengalir dan di dalam jauh sudut hati merasakan amat memerlukan seseorang itu berada di sisi?

"Dan tersenyumlah saat kamu mengingatku, kerana saat itu aku sangat merindukan mu.. Dan menangislah saat kamu merindukanku, kerana saat itu aku tidak ada lagi di samping mu.."

#Untuk awak:saya selalu rindu kat awak :-*

posted from Bloggeroid

A Best Friend

Hai, Assalamualaikum..Today i just want to share some quotes with you guys about "Best Friend".
This quotes that i write is for my Best Friend,her name is Siti Fatimah Mairani bte Sam Ibrahim..People use to call her timon,timun(haha),m0n2..luckily NOT Maimon..hahaha:p
she's kind a cute girl,funny,nice,sweet..but when she angry/sad,i cannot take it..hehe :p

This quotes is for u,hope u like it<3 :

A Best Friend,
is always there
whether you need advice,
or a pep talk,
or even a shoulder to cry on.
A Best Friend,
listens with her heart,
and is always honest with you,
even though the truth
may not be
what you want to hear.
A Best Friend,
knows all your secrets,
understands your fears,
shares your dreams.
A Best Friend,
never stops believing in you,
even you give
up on yourself.
you are
that kind of friend
to me.
And no matter what happens,
you always will be.
You are my best friend....
my forever friend.


#Fatimah:i just want to say sorry for hurt ur feelings,im sorry for what i'hv done to u..thnks for being my lovely friend..sorry again,im just a useless friend for u..No matter what,i love you my best friend even im a bad perosn for u.. :))

Monday 7 May 2012

10 CARA TAKLUKI WANITA IDAMAN!

Hati Wanita Idaman. Jika anda seorang lelaki,maybe anda boleh cuba tips yg diberikan ini..Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.Gunakan 10 tips berikut untuk menawan hati si dia:

> 1. Menerima Seadanya

> Mendekati wanita yang anda sukai adalah 
> suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki 
> wanita idaman, anda perlu berlaku jujur 
> kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan 
> sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.
 
> 2. Jangan Membuat Penilaian Awal

> Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan. 
> Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya. 
> Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita 
> muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya 
> ianya bukan  perkara mudah.
> Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang
> penting, terimalah si dia seadanya.

> 3. Berikan Dirinya Ruang

> Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya.
> Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali
> kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam
> percintaan.
 
> 4. Bertindak Seadilnya

> Apabila anda mula menyukai seseorang, 
> biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar 
> dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi 
> dan impian anda agar dia dapat mengenal 
> anda dengan lebih rapat.
> Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya
> dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu
> menjadi lebih terbuka.
 
> 5. Sebuah Senyuman

> Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan 
> memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan
> sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan
> sebarang bayaran pun.
> Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang
> ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau
> pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta
> ahli keluarganya.
 
> 6. Jadilah Sebaik Mungkin

> Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan 
> anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin
> datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling
> dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi
> hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
> Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari
> orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda
> akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding
> orang lain.
 
> 7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki
 
> Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan 
> datang bergolek, yang pipih tidak akan datang 
> melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus
> berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa,
> sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
 
> Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, 
> sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik 
> perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda 
> perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh 
> atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ 
> dan EQ anda.

> 8. Jangan Keterlaluan
 
> Apabila anda berusaha memiliki seseorang 
> yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan. 
> Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan 
> meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan 
> anda.
 
> 9. Kenali Dirinya

> Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, 
> kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda
> mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.
> Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka
> yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki
> idamannya kerana mengetahui semua minatnya. 

> 10. Jangan Terlalu Peramah
 
> Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?
>Untuk makluman, 
wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.
> Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita,
> jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu
> ingin mengambil tahu segalanya.
 
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .. ^^

posted from Bloggeroid

Perbezaan antara Lelaki dan Perempuan

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan  juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki  juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan,mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

JODOH:Jangan Mencari Terlalu Sempurna ^^

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sunday 6 May 2012

apabila kasih terhenti



TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:

TENANGKAN DIRI

         Kawal emosi

Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.

         Sentiasa berwuduk

LUAHKAN

         Cari teman

         Berterus-terang

CARI PETUA

         Pandang ke depan

         Cari yang berpengalaman

         Amalkan baca Al-Fatihah

         Amalkan ayat Seribu Dinar/surah at-talaq(2-3)

MEMBERI PELUANG

         Diri sendiri

         Orang lain

         Maaf dan memaafkan

 

"Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan."


Published with Blogger-droid v2.0.4