Tuesday 3 December 2013

hmm :(

B,ayg minta maaf lau selama ini ayg selalu buat b marah n bingit.ayg tau ayg selalu kasi b naik angin sampaikan b dah naik penat dan tak tahu nak cakap ngn ayg. B,ayg betul2 menyesal ngn apa ayg dah buat selama ni b.ayg malu nak cakap ngn b,ayg takut b ketawakan ayg.ayg cuma boleh diamkan diri je b.memang betul cakap b yg perangai ayg takkan ubah :'( .Ayg malu ngn b..B,ayg rindukan hubungan kita yang dlu..ayg nak kita mcm dlu b.ayg nak kita happy n byk ketawa mcm dulu.tapi b rasa boleh ke kita buat mcm dlu b ? B,ayg minta maaf psl word "kiwak" .sebenarnya ayg maki diri sendiri,ayg tak maki b.Mungkin b ingat ayg maki b sebab tu b marah ngn ayg..B,ayg tahu its hard for b nk trust ayg balik macam dulu,tapi ayg tau memang susah. Usaha ayg macam mana pon,tetap b tak percaya ayg. B,ayg takut b marah ayg macam dulu b. B da kasi byk warning dan last warning lagi kat ayg,ayg takut b..takut sangat kalau ayg buat tersalah langkah lagi. B,ayg minta b bimbing ayg yg jalan betul dan ayg tak nak ulangi kesalahan lagi b. Ayg takut kehilangan sesorang yang ayg sayang..Ayg tak nak hubungan ayg macam dulu. Mungkin pada b, 1 pergi 10 datang..tapi pada ayg tak b.
B,ayg sygkan b dengan sepenuh hati ayg. Ayg tak nak orang lain rampas "harta" yang ayg punya. B,ayg betul2 menyesal. kalau masa masih boleh undur,ayg akan jaga b ngn baik.ayg taknak buat silap n taknak amek tindakkan bodoh.ayg betul2 menyesal b..B,seandainya kalau b baca blog ni,ayg harap b takmo ketawa.sebab ini dari isi hati ayg b.meskipon ada sikit salah atau tak paham tapi hopefully b faham cikit2 (hurm) ..


Posted via Blogaway

Monday 2 December 2013

tak boleh nak cakap

Alhamdulillah akhirnya hubungan aku dan dia semakin pulih dan baik,aku hanya berharap semua keadaan akan baik semula seperti dahulu. Cuma aku takut pada haziz. Aku takut dia berubah hati dan masih mempunyai sikap yang dulu. Memang jodoh dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Aku taknak pisang berbuah dua kali. Aku takut aku gagal nak ubahkan dia seperti mana mak dia nak. Aku tak tau berapa lama aku harus macam ini. Memang aku susah nak luahkan perasaan aku atau apa yang terpendam dalam hati aku ini pada dia .Ya Allah hanya engkau Maha Pengampun,Maha Pemurah,Maha Pengasih ,Sesungguhnya berikanlah aku ketabahan,kekuatan,kesabaran untuk tempuhi dugaan dari Mu. Hanya engkau yang boleh mengubahkan semuanya seperti dahulu. Hanya engkau yang boleh menjernihkan keadaan. Ya Allah,engkau lembutkanlah hati Mohamed Haziz Bin Mohamed Sani. Sejukkanlah hatinya ketika dia sedang dalam kemarahan. Engkau ampunilah dosa-dosa yang dia dah buat dari dulu hingga sekarang, Jauhilah semua keburukkan yang ada sekeliling dia, Jauhilah semua malapetaka n jauhilah orang-orang yang ingin musnahkan kehidupan haziz dan aku. Ya Allah, Engkau berikanlah kebahagiaan untuk hubungan kami.
Amin rabbil al amin .


Posted via Blogaway

Saturday 30 November 2013

bersabar

Aku tak tahu berapa lama aku harus bersabar dan bertahan lagi.Dah 2 hari haziz masih tak hubungi aku,aku tak tahu apa yang dia sedang buat.Macam-macam aku fikir buruk padanya dan hubungan aku.Sesungguhnya aku dah tak kuat dan dah tak boleh untuk bertahan lagi.Hati aku perit sangat2,memang salah aku sebab aku selalu kasi dia marah dan bingit.Haziz minta time off dengan aku sebab mungkin ini jalan yang terbaik untuk hubungan kami.Sesungguhnya ini dugaan berat dan perit yang harus ku lalui.Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan hubungan aku,aku hanya perlu Allah untuk memberiku peluang dan petunjukku.Aku tahu Allah beriku ujian dan dugaan untukku agar aku kuat , sabar dan tabah untuk menghadapinya.Mak haziz minta aku bersabar dengan sikapnya tapi sampai bila.Sampai bila harus aku macam gini.Mungkin sekarang ini,dia tengah happy2 kat luar sana sendiri ataupun kawan2nya ataupun orang baru.Memang aku minta jauhkan semua keburukkan yang ada pada sekelilingku.Ya Allah berikanlah aku kesabaran untuk menempuh ujian. . kau pulangkan orang yang aku sayang.Sesungguhnya ujian yang kau berikkan adalah paling berat untukku..Masih bolehkah aku bersabar ? aku sayangkan hubungan ini,aku harus pertahankan hubungan ini.Ya Allah makbulkan doa ku ini..

B,ayg da tak sanggup lagi b. tak kuat nak hadapi ini semua,ibarat ayg hilang tulang rusuk ayg sendiri sekarang ini. B ,tolong hentikan ini semua. ayg da tak mampu lagi b. B ,maafkan ayg sebab selama ini ayg selalu kasi b marah2 . B ,maafkan ayg dari hujung rambut sampai ke hujung kaki b. B ,ayg tau b masih marah dan masih tak nak maafkan ayg..tapi tolong kasi ayg peluang lagi .

B,sesungguhnya ayg tak nak macam ini b.ayg nak hubungan kita macam dulu b.b tolong buang sifat pendendam b itu..Ayg sygkan hubungan kita dan B .cukup kisah silam semua b..itu da membuat ayg trauma sangat2 . B,ampunkan dosa2 ayg.

Ya Allah,makbulkan doa permintaan hambu ini..


Posted via Blogaway

Wednesday 9 May 2012

Kenapa Kita Perlu Untuk Bersabar?

Diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini memang diberi tuntutan penuh oleh Allah S.W.T untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna dan diredhaiNya.

Sejajar dengan tuntunan hidup sebagai manusia, kita sememangnya sering diuji dengan pelbagai masalah dan ujian untuk mengukur sejauh mana ketakwaan, kesabaran, dan keikhlasan untuk melayari hidup yang dipinjam untuk seketika cuma.

Namun, terkadang itu kita mudah untuk menyerah kalah dan putus asa dengan ujian-ujian Allah S.W.T dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara di luar batas-batas agama Islam dan tuntutan Syarakh.

Rasulullah S.A.W. juga tidak pernah terlepas dari segala ujian dan seksaan sebagai manusia walaupun Baginda adalah Nabi terkahir yang begitu dekat di sisi Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T; “Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” – Surah Al-Ma’aarij: ayat 5.


Zaman ini, kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang memaparkan bagaimana manusia itu hidup dengan penuh rakus dan hilangnya perasaan sabar sehingga sanggup melakukan perkara yang berdosa.

Justeru itu, kenapakah kita tidak boleh menerapkan nilai sabar ke dalam diri sendiri?


Di dalam konteks Islam, sekiranya kita diuji dengan ujian hidup, kita mempunyai pilihan sama ada nafsu atau iman. Jika kita membiarkan nafsu menguasai diri dan perasaan tidak sabar, maka kalahlah iman.

Jika kita memilih iman, maka akan kalahlah nafsu. Sebetulnya, diri kitalah yang harus memilih pilihan yang tersedia ada supaya kita mendapat manfaat yang tinggi.

Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, InsyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Untuk kekal bersabar, kita perlu memahami dan melakukan 4 tindakan:

1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah. 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang dan teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.
Mengapakah kita perlu untuk bersabar?


Supaya kita dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.

Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada pelbagai musibah menjadikan kita gundah gulana, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu tahap pemikiran kita dan penghayatan dalam kerja ibadah yang kadang-kadang terlalu sukar untuk kita laksanakan.

Selain itu, dengan bersabar, mudah untuk kita mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Seperti mana firman Allah S.W.T:
“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS.32:24);
“Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75);

Maka, marilah sama-sama kita mempertingkatkan nilai kesabaran di dalam diri supaya tidak terdorong dengan perasaan negatif yang mampu merosakkan nilai-nilai murni dalam diri kita. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Pepatah Cinta - Cinta Bukan Untuk Dilukai: Rindu Adalah Perasaan, Bukan Penderitaan.

Rindu Adalah Perasaan, Bukan Penderitaan.

Setiap orang akan rindukan seseorang. Ada kala, perasaan itu sangat bahagia jika kita rindukan orang yang sangat kita sayang. Ada juga di antara mereka yang hanya merindukan orang yang tidak pernah merinduinya  kembali.

Perasaan ini selalunya terjadi kepada mereka yang bertepuk sebelah tangan atau mereka yang merindukan pasangan yang telah meninggalkan mereka.Jadilah orang dirindui bukan selalu merindukan mereka yang tidak pernah cuba untuk merindui kita.

#sungguh menyakitkan bila rindu tak dibalas..
posted from Bloggeroid

Tuesday 8 May 2012

Apa itu Cinta,Sayang,Suka dan Minat

Cinta..
-Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.

-Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Sayang..
-Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.

Suka..
-Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.

Minat..
-Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.
cinta wanita suka

Tetapi kita kena ingat..

“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”


posted from Bloggeroid

Cerita Tentang Rindu

Assalamualaikum semua,just nak kongsi pasal rindu..Menurut korang maksud "rindu" tu camne ey?mesti susah nak cakap kan?sebab rindu terlalu banyak makna sampai susah nak ungkapkan..hehe
Ok la,korang baca je sampai habis then nanti komen la ey:p

-Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..
Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun..

-Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menangis kita dalam diam.. Membara di dalam..

-Rindu tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu


-Rindu itu amat jelas pada hati ini.. Sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu.. Sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudak akan kenangan lalu..

-Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..
Kita jadi layang-layang, biar angin bawa kita tebang.. Kita jadi deruan ombak, biar pantai jadi tempat bertemu.. Lebih baik kita jadi kamu dan aku, biar hati yang menyatuPernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya.. Ada kala kita rindu pada keluarga.. Ada kita rindu pada teman seperjuangan.. Tapi sering kita teringat pada sang pemuja di hati.. Amat damai rasa bila rindu pada yang kasih..

*Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..

-Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang..
Kerana rindu itu adalah satu kiasan pada kisah cerita cinta yang masih bersisa..Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu


Pernahkan kamu merasakan rindu yang amat kuat pada seseorang hinggakan air mata hampir mengalir dan di dalam jauh sudut hati merasakan amat memerlukan seseorang itu berada di sisi?

"Dan tersenyumlah saat kamu mengingatku, kerana saat itu aku sangat merindukan mu.. Dan menangislah saat kamu merindukanku, kerana saat itu aku tidak ada lagi di samping mu.."

#Untuk awak:saya selalu rindu kat awak :-*

posted from Bloggeroid